22 April 2011, (JUMAAT)- Buat julung kalinya pengambilan PisPA yang memlibatkan ujian fizikal dan ketahanan mental, yang disertai seramai 28 pelajar yang bersedia menerima arahan. Pengambilan yang dimulai pada jam 3 petang dan berakhir jam 6 petang ini, disertai oleh timbalan komander PisPA CONSIST , iaitu encik Abdul Rahim bin Hj. Desa dan ahli jawatan kuasa yang lain serta jurulatih dan staff dari Jabatan Pertahanan Awam sendiri seramai 3 orang wakil. Pengambilan ini bertujuan untuk menubuhkan satu skuad elit dan pemilihan dikalangan anggota PisPA sendiri.
Sewaktu pengambilan anggota seramai 28 pelajar telah menjalani ujian fizikal. Ujian fizikal adalah bertujuan untuk menguji tahap fizikal disamping keupayaan anggota untuk di latih menjadi seorang yang sihat, cergas dan bersedia menerima arahan. Antara ujian fizikal yang dilakukan ialah ; angkat berat 30 kg, 4 kali larian, 1.8km, 2 kali larian bersama barang, 1.8km dan tekan tubi selamat 60 saat. Selain itu juga, pengambilan tahap kestabilan darah juga diambil dari aspek kesihatan; dengan melakukan BP test ( blood pressure), dan BMI (body mass index ).
Pengambilan ini juga, menjadi titik tolak penubuhan PisPA yang bakal menjadi tunjang didalam segala aktiviti PisPA kolej dan kecemasan yang berlaku. Segala perangcangan telah dirangka untuk anggota PisPA bagi mengaktifkan keanggotaan dan melatih kemahiran tertentu.
 |
mengisi borang pendaftaran PisPA |
 |
larian bersama beban, 10kg |
 |
gagah bersama bag pack berjalan 1.8 km |
 |
pelajar wanita turut membawa beban 10 kg |
 |
tekan tubi dalam masa 60 saat |
 |
mencuba untuk mengakat berat sebnayak 30 kg |
 |
keupayaan mengangkat berat 30kg |
 |
urusetia bahagian larian |
 |
brief sebelum latihan bermula |
 |
tekan tubi |
 |
pemeriksaan BP test |
CaNdiD - CaNdiD PisPA