penekanan utama pada latihan kem kali ini.Dimana diuji tahap kemahiran peserta untuk menyelamatkan mangsa sekiranya berada di didalam hutan sewaktu operasi menyelamat dijalankan. Sepanjang latihan selama 3hari 3malam itu, pelbagai aktiviti telah diatur antaranya, Flying fox, asas ikatan tali, teknik memasak rangsum, dan lain2.
anggota seramai 430 orang dari tiga buah negeri iaitu, selangor, perak dan wilayah persekutuan kuala lumpur telah selamat laor dan bersedia menerima arahan tepat jam 1900. selama 3 hari semua aktiviti telah direncanakan seperti yang dirancang oleh urusetia JPAM Perak. Pembahagian anggota seramai lebih kurang 60 orang telah dibawa masuk kehutan untuk latihan survival selama 3 hari, sebelum itu dimaklumkan bahawa anggota perak dan selangor telah berada 2 hari awal sebelum latihan bermula.Sewaktu latihan survival, peserta hanya di sertakan makanan rangsum, khemah, pisau dan lain-lain.
Sementara itu, peserta latihan SAR dilepaskan kehutan pada hari kedua latihan dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 250 orang dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. pelbagai halangan yang ditempuhi oleh peserta SAR, antaranya kemahiran ikatan tali, menyelamat tempat tinggi (cerun bukit dan cerun sungai), membuat tombak, bunga lawang , memasak kecemasan, pembacaan GPS (Global positioning system) dan yang paling penting adalah semangat kerjasama pasukan untuk menyelamatkan mangsa yang sesat didalam hutan.Peserta SAR diberi "task" untuk menyelamatkan pembalak haram yang sesat didalam hutan selama 7 hari tanpa sebarang makanan dan peserta diminta membawa pulang mangsa ke kem asal. Kesemua mangsa dibawa pulang dengan selamat.Latihan tamat sekitar jam 1900 dan bersiap untuk majlis makan malam BBQ dan karoke untuk semua anggota.
Majlis penutup pada jam 1030 dirasmikan dengan penuh gilang gemilang dan sungguh meriah. Majlis bersurai sekitar 1200.
majlis penyerahan bendara di akhir majis penutup
barisan anggota
peserta SURVIVAL dan SAR
majlis penutup