Wednesday, January 19, 2011

PROGRAM SEHARI BERSAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA , WILAYAH PERSEKUTUAN.


19 January 2011 – KOLEJ CONSIST telah merancang untuk mengadakan “ Program Sehari Bersama Pertahanan Awam Malaysia , Wilayah Persekutuan “. Program yang dijangka akan dijalankan pada 28 Januari 2011 bertempat di Dewan Suria CONSIST training center dan bangunan MZH Group ini diharapkan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari warga CONSIST dan MZH Group.

Program ini telah dirancang khusus untuk semua peserta yang terlibat bagi memberi pendedahan berkaitan ilmu-ilmu asas yang terdapat dalam  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kini menjadi keanggotaan antarabangsa , International Civildefence Organization(ICDO). Program ini mempunyai 3 modul yang menjadi teras kepada pelaksanaannya iaitu bengkel menyelamat , bengkel pengendalian kecemasan / C.P.R dan bengkel melawan kebakaran. Penganjuran yang julung-julung kalinya diadakan ini juga bakal melibatkan pihak media bagi membuat liputan mengenai aktiviti yang dianggap komuniti ini.

Dari pihak pengajur , iaitu pengurusan Kor SisPA Kolej CONSIST sendiri pimpinan oleh Ketua Eksekutif MZH Group , Ar. Mior Zawari Hj. Hassan dan En.Abdul Rahim Hj. Desa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat bagi menjayakan program ini terutama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia , Wilayah Persekutuan , para pelajar dan juga staff. Tidak lupa kepada wartawan-wartawan dari pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment