Wednesday, June 29, 2011

KEM LANJUTAN 2011 ( EX- BAKALI )

24  hingga 26 Jun- Seramai 21 anggota PisPA consist telah menyahut cabaran untuk menyertai eksersais peringkat wilayah Kuala Lumpur 2011. Penyertaan yang mengalakkan dari anggota yang telah bersiap sedia untuk meneruskkan perjuangan dalam misi menyelamat telah dibawa ke Teratak Naly's BAtang kali untuk di uji tahap ketahanan mental dan fizikal selama 3 hari berada dalam situasi kes sebenar yang berlaku di dalam hutan dengan tema menyelamat dan mencari,  ( SEARCH AND RESCUE).

Bermula pada 24 jun, jam 1700 seramai 21 anggota siap untuk bertolak ke teratak naly's. Pelbagai kesulitan yang dialami oleh anggota sebelum sampai ke kem eksersais, namun anngota tidak menyerah kalah dengan ujian mental tersebut disamping itu juga, anggota berlajar mengendalikan pergerakkan lalu lintas akibat permasalahan kenderaan yang dialami. Kemudian kesemua anggota bergerak semula ke kem teratak naly's dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam , Dang wangi yang menhantar sebuah truck untuk kami naiki. Jam 1830 semua anggota selamat sampai di kem teratak naly's dengan selamat dan diminta lapor diri sebelum makan makanan malam yang disediakan.aktiviti bermula jam 2100, semua anggota yang menyertai kem tersebut  diberi taklimat sepanjang berada di kem dan selepas itu pembahagian kumpulan dipecahkan sebanyak 10 kumpulan. 

Pada 25jun,  jam 0000 semua kumpulan diberi peralatan dan bahan makanan untuk SAR selama satu hari setengah.jam 0230 semua kumpulan dilepaskan untuk mula mencari mangsa yang cedera terperangkap didalam hutan. Sebanyak 4 checkpoint terpaksa dilalui oleh peserta sebelum bermalam di kem pahlawan pada, kemudian pada jam 0800 mula bergerak semula mencari mangsa sehingga jam 2000. Pelbagai cabaran yang dilalui oleh peserta antaranya, cabaran bentuk muka bumi yang berbukit, paya dan sungai, kerja sama dalam kumpulan dan pelbagai lagi.

Pelbagai kemahiran diuji kepada para peserta antaranya, pembacaan peta, pembacaan kompas dan GPS , balutan,pengendalian situasi dan semangat pemimpin dalam sesebuah kumpulan.

Pada 26jun, jam1100 peserta diraikan dengan acara penutupan yang dirasmikan sendiri oleh tuan pengarah Jabatan Pertahanan Awam Wilayah, Tuan Zainal bin Yusof dan diiring oleh timbalan beliau dan pegawai- pegawai yang terlibat.  Pada, jam 1300 majlis bersurai dan anggota bertolak pulang ke destinasi masing- masing.

Doa selaku memulakan majlis penutupan


Malam berbaque
lokasi: kem pahlawan

Pembelajaran pengunaan kompas dan GPS serta bacaan peta

Menunggu pendaftaran

Taklimat Kem

Masakan kecemasan

menannti ketibaan untuk dilepaskan ke SAR


Taklimat dari Tuan Hafiz
Pembacaan peta


Peserta kepenatan setelah 1hari suku berada didalam hutan


Sabar menunggu giliran mendaftar


Peserta cuba memahami arahan yang diberikan

Barisan-barisan pegawai dan jurulatih JPAM

Mengunakkan segala alih ganti yang ada untuk membuat strecther.

Berbincang mengenai situasi keadaan dalam misi menyelamat

Merawat mangsa yang mengalami kecederaan
Memeriksa makanan dan peralatan yang diberikan dalam keadaan mencukupi.

Barisan anggota PisPA, PASPA dan Tuan Pengarah berserta Timabalannya.

No comments:

Post a Comment