Monday, January 17, 2011

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM CONSIST KOLEJ.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur dengan izin ALLAH s.w.t maka akhirnya Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Consist kolej (SisPA CONSIST)  berjaya ditubuhkan dan mendapat persetujuan serta sambutan oleh pihak pengurusan tertinggi dan sebilangan besar warga kolej.

Penubuhan Kor SisPA ini tidak lain bertujuan untuk mendidik siswa dan siswi Kolej Consist mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.

Selain itu juga program ini  diatur untuk memberi  kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen kepada siswa dan siswi  betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.
Jika direnungkan , rata-rata warga negara yang maju dan terkehadapan mereka amat menggalakkan akitiviti yang berteraskan dan mempunyai semangat kesukarelaan atau volunterisma . Dari satu sudut pandangan , mereka mungkin dianggap materialistik , namun sebilangan besar dari mereka masih lagi menitik beratkan soal menyumbang semula kepada masyarakat. Inilah yang perlu kita semaikan didalam hati kita bagi menjurus kepada pengukuhan semangat patriotik dan cintakan tanah air kita.

Dengan berjalannya program SisPA ini diharapkan ianya dapat memberi pendedahan sebenar kepada siswa siswi sistuasi didalam keadaan kecemasan beserta  bentuk-bentuk langkah pengurusannya bagi menyiapkan siswa dan siswi agar lebih bersedia dalam apa jua kemungkinan.

Akhir sekali , mudah-mudahan kita dapat melahirkan siswa dan siswi  yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Keselamatan Kesihatan mahupun Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam khususnya dan negara amnya.

1 comment:

  1. Alhamdullilah,

    Akhirnya ada juga pihak yang berinisiatif untuk mewujudkan laman blog bagi pelajar CONSIST sebagai wadah pertukaran dan perbincangan ilmu.

    Saya sendiri pernah melawat kolej CONSIST di Hulu Kelang dan pernah berbual selama 4 jam bersama dengan CEO kolej itu yakni AR Mior Zawari Haji Hassan.

    Seperkara yang saya lihat di sini, blog ini perlu diletakkan artikel yang menarik dan bukan semata-mata mengenai aktiviti dalam kolej sahaja. Boleh didapatkan juga kajian dan isu mengenai perkembangan dan hal-hal yang berlaku dalam dunia keselamatan industri dari seluruh dunia.

    Saya juga rasa blog ini boleh dijadikan wadah untuk memperkenalkan CONSIST itu sendiri kepada masyarakat luar, ini sebut CONSIST, ramai yang tidak tahu apakah itu...sekian terima kasih

    ReplyDelete